Hari ini aku nak kongsi dengan ibubapa yang mempunyai masalah untuk pemilihan susu formula, terutamanya kepada ibubapa yang anaknya alah kepada laktosa.
Damia, anak sulong aku yang berumur 1 1/2 tahun mengalami masalah kahak sejak dari bayi lagi.Oleh kerana Damia tidak mahu breastfeed, selepas umurnya 14hari, aku telah susukan die dengan susu formula, Anmum.Semasa pengambilan susu ini, Damia mula menunjukkan tanda-tanda berkahak dan sembelit. Setelah kami menyedari masalah sembelit, saya telah bertukar kepada Enfalac A+. Setelah minum susu Enfa, saya dapati tiada masalah dengan perkumuhan, tetapi masalah kahak semakin serius sehingga menyebabkan Damia selsema dan kemudian mengalami batuk. Pada masa itu kami ingatkan ianya masalah biasa, rujuk doktor dan ambil ubat seperti demam biasa.
Memandangkan batuk yang tidak henti-henti, aku membawanya ke klinik dan disebabkan keturunan aku ada penyakit asma, doktor mencadangkan kami menukarkan susu kepada susu TANPA LAKTOSA. Pada masa yang sama juga kena buat rawatan sonotron selama 3 hari dan doktor suruh kami bawa Damia sekali lagi selepas selesai rawatan tersebut. Di sebabkan, tiada pengalaman dan tidak bertanya detail kepada doktor, aku dengan bangganya pegi beli susu Dumex, Dulac, ape yang aku faham, susu tanpa gula(terpengaruh ngan iklan). Dah confius dah, sape suruh tak mau tanya doktor betul-betul. Itu pun dah macam tikus tengok besi bila pegi survey susu kat pasaraya, banyak sangat jenisnya. Selapas beberapa hari, kami bawak lagi sekali Damia jumpa doktor, masalah kahak belum ok lagi. Berikut adalah perbualan kami ngan doktor:
Doktor : Puan dah tukar susu ke belum?
Parents: Dah tukar dah, Dulac.(dengan bangganya)
Doktor : Kamu beli yang mana satu? Tanpa Laktosa ker?
Parents: Tanpa gula tambahan la, bukan ker semua susu Dumex tanpa gula tambahan?
Doktor : Bukan..Puan ke cari susu yang ader tulis, TANPA LAKTOSA
Parents: Laa...yeker..(tapi masih blur..mummy blur,,abbi lagi la blur).
Selepas balik dari klinik, kami pun pegi la Giant cari susu. Duk ngendap-ngendap dalam kaunter susu tu cari susu free lactose. Masa tu budget pun kurang dan pada masa yang sama jugak nak sesuaikan anak ngan susu yang tak berapa mahal..so kami beli la Dulac free lactose dalam harga RM23++ kot.
Dah tak tahu la plak ape masalah, alah plak ngan susu Dulac free lactose ni, ruam satu badan. Pegi la plak Manjaku cari susu lain. Jenuh mencari susu dan mengeksperimen susu ni..mana tak nyer..nak kena tengok alahan2 yang mungkin terjadi dan masalah perkumuhan. kali ni aku beli yang mahal sikit..Enfalac free lactose, satu tin kecik harga klu tak silap dalam RM40 kot..
Balik rumah, bagi la susu Enfalac free lactose kat Damia..kesian die..susu ni tawar gila..tak rase ape pun. Damia tak nak minum, minum sikit jer..tak habis..tak boleh imagine..macam mana la die nak minum susu ni selama setahun.hummm...tapi kat mak pun kesian gak..susu ni boleh tahan harganye.
Esoknya..nak tau ape jadi...??.dan dan anak aku sembelit..menangis nak berak..mengerang kesakitan..tengok najis die macam ada lendir darah. Bagi tau kat abbi die, bengan jer..terus suruh buang susu tu, tak nak tengok dah (emo betul). Dan pada petang tu..ape lagi..pegi la cari susu lain..cari dan cari lagi..penatnya..sebelum pergi tu..aku Google dulu..dah tak mau dah main beli ker..kesian kat anak dan membazir. Hasil carian menyuruh aku membeli susu SIMILAC free lactose.
Similac free lactosa ni rasa die manis..hubby la yang try..aku mana nak try nyer..tak suka..tak suka..
Berakhir lah experiment kami..Damia sesuai dengan susu Similac ni dan perkumuhannya pun tak da masalah, cuma buangan nya akan berwarna kehijauan dan kehitaman sedikit, senang kata warna gelap la..
|
Similac Free Lactose penyelesaian kepada masalah kami
|
Parent yang nak beli susu ni hati-hati..bukan ape..takur tertukar ngan soy base..tapi yang soya tu harga die lagi mahal la.
Tips dari aku untuk beli susu anak : tengok respon dari bayi anda, alahan dan masalah perkumuhan. sebelum pegi beli susu, Google dulu..baca pengalaman-pengalaman ibu bapa yang lain..dan jangan ambik mudah dengan masalah susu ini.
TAPI....susu ini dari umur 0 hingga 12 bulan sahaja..nak tau ape masalah kami untuk cari susu Damia selepas umur setahun?? ikuti susu pilihan mummy part II.