Sunday, 1 December 2013

Kisah Lasagna & Tiramisu

Anak-anak dah tidur, hubby pun dah start enjin..hehehe..aku jer yang tak boleh nak lelap..huhu. Hari yang agak sedih..nampak gaya nya mcm susah jer nak berniaga.

Hari nie belajar buat lasagna, dah lama nak masak nyer, tapi bahan-bahan tak der. Nak beli bahan-bahan tu..duit kena tebal sikit. Bila kira-kira balik, kos nak buat cam gambar kat bawah nie dalam RM40

     
Sebelum
Selepas

Boleh la..kan..? Hehehe..Tapi nampak cam kering jer. Aku tak letak keju banyak sangat dan kurang sos putih, sebab tu la nampak kering jer. Apa-apa pun masih sodap di makan seisi keluarga.Gambar keratan rentas lasagna nie tak ambil la plak..kusyuk menikmati keenakan nya.


Hari nie aku ada belajar buat Tiramisu. Saje jer..tak der la susah mana pun..budak kecik pun boleh buat Tiramisu ni. Sambil-sambil buat nie, aku nak tengok berapa kos bahan-bahan dan berape cup boleh dapat. Not bad..boleh tahan la mahalnya bahan2 die..tapi dapat 10 cup jer..huk2..macam mana nak berbisnes nie..modal jer dah macam ape.

Tiramisu in cup

syokk nyer

Resepi nanti masukkan kemudian, dah kul 2.15am nie..mau tidurrr..Nite!!

No comments:

Post a Comment