Wednesday, 15 January 2014

panduan pilihan makanan yang bijak

1.Ayam goreng

Gemar makan ayam goreng? Sebenarnya ia tidak baik untuk kesihatan kulit anda kerana mempunyai tahap kolestrol yang tinggi. Tidak mengapa, gantikan kegemaran anda pada daging ayam dengan pelbagai bentuk masakan yang lebih seimbang dan berkhasiat. Realitinya, daging ayam yang mengandungi banyak zat besi yang membantu proses regenerasi kulit. Zat besi yang terkandung dalam daging ayam berperanan membawa oksigen ke dalam kulit. Inilah yang menjadikan kulit anda cantik dan cerah.

2. Ikan salmon

Tubuh kita tidak menghasilkan lemak omega 3. Oleh itu, kita disarankan mengambil ikan salmon yang sememangnya kaya dengan lemak omega 3. Menurut kajian, lemak omega 3 ini berkhasiat dalam menjaga kelembapan kulit dan mencegah dari iritasi. Ikan salmon juga mempunyai vitamin D yang tinggi dan bagus untuk kesihatan tulang dan jika anda tidak begitu gemar memakan ikan, tidak mengapa kerana ia boleh digantikan dengan telur. Paling tidak, ambiklah ia seminggu sekali. Ia sudah memadai.

3. Mangga


Ini pula pencetus rahsia mencegah daripada kulit menjadi kering dan bersisik. Apabila masalah ini berlaku, anda sebenarnya kekurangan vitamin A. Makanlah buah mangga kerana ia daoat menghindari kulit daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan. Selain itu, buah mangga juga boleh mengurangkan bau badan yang tidak menyenangkan.

4. Biji kuaci dan badam


Jika anda inginkan kulit yang cantik dan sihat, makanlah kacang badam dan biji bunga matahari. Tidak sukar untuk mendapatkan kacang2 ini kerana ianya juga terdapat dalam coklat kegemaran anda. Manakala biji matahari pula dijadikan kuaci dan ia boleh dijadikan snek ringan. Kedua-dua kacang ini mengandunhi viramin E, yang begitu efektif melindungi kulit dari sinaran UV.

Tuesday, 3 December 2013

Cheese Cake Meleleh

Finally..!! Dapat jugak buat kek cheese sendiri dan pakai resepi ciptaan sendiri.Sebenarnya dah lama duk mengushar blog-blog orang lain untuk cari resepi Cheese Cake meleleh nie. Hari ni aku try buat sendiri, kek die, kek span keju. Lain kali boleh belajar buat perisa pandan dan red velvet plak.

Best giler la menikmati kek ni, nyaman jer dalam mulut. Mana tak nyer, kan kek tu disejukkan dulu, then baru la boleh ngap! Bila post kat facebook, kawan terus nak order, gambar kat bawah nie, die order 6. Ape lagi..terus setuju nak COD kat rumah die. Siapa-siapa yang berminat boleh la order, area Selayang, Gombak dan Batu Caves. Call saya at no 017-2124264


Packing cam ni untuk di jual





Ni special untuk lovely hubby

1/4 daripada sebiji kek



Ni untuk berniaga

Suruh adik-adik jual, round blok



selamat disejukkan

Macam syiok jer..slurrpp..sedia untuk dimakan

Nampak tak lapisan kek tu..

Masukkan sesudu dalam mulut, then rasakan macam
 mana keju cair dalam mulut...

Selesai 2 kali ngap..best giler..

Sunday, 1 December 2013

Kisah Lasagna & Tiramisu

Anak-anak dah tidur, hubby pun dah start enjin..hehehe..aku jer yang tak boleh nak lelap..huhu. Hari yang agak sedih..nampak gaya nya mcm susah jer nak berniaga.

Hari nie belajar buat lasagna, dah lama nak masak nyer, tapi bahan-bahan tak der. Nak beli bahan-bahan tu..duit kena tebal sikit. Bila kira-kira balik, kos nak buat cam gambar kat bawah nie dalam RM40

     
Sebelum
Selepas

Boleh la..kan..? Hehehe..Tapi nampak cam kering jer. Aku tak letak keju banyak sangat dan kurang sos putih, sebab tu la nampak kering jer. Apa-apa pun masih sodap di makan seisi keluarga.Gambar keratan rentas lasagna nie tak ambil la plak..kusyuk menikmati keenakan nya.


Hari nie aku ada belajar buat Tiramisu. Saje jer..tak der la susah mana pun..budak kecik pun boleh buat Tiramisu ni. Sambil-sambil buat nie, aku nak tengok berapa kos bahan-bahan dan berape cup boleh dapat. Not bad..boleh tahan la mahalnya bahan2 die..tapi dapat 10 cup jer..huk2..macam mana nak berbisnes nie..modal jer dah macam ape.

Tiramisu in cup

syokk nyer

Resepi nanti masukkan kemudian, dah kul 2.15am nie..mau tidurrr..Nite!!

Monday, 18 November 2013

Part II : Susu pilihan mummy, PEDIASURE Complete


Hai..bersambung kita dalam Part II ini. Susahkan nak carikan susu untuk anak kita selain daripada susu ibu. Bila memilih susu formula, pertama dan yang terpenting kena tengok kesesuaian anak kita dan keduanya kewangan. Sudah tentu lah kalau ader masalah kewangan, ibu bapa main belasah jer beli jenis susu formula untuk anak mereka. Tapi sekiranya kita mampu, ape salahnya berhabis untuk anak-anak demi kesihatan dan tumbesaran mereka. 

Ok..bersambung kepada kisah aku..setelah Damia genap setahun, kami bercadang untuk belikan susu formula biasa untuk Damia. Percubaan pertama, aku selang selikan penyusuan nyer dengan SIMILAC free laktose dan S26. Macam biasa, perhatikan perubahan die, masalah kahak dan masalah sembelit. 
sambil-sambil itu aku masih surf internet mencari susu yang sesuai untuk alahan laktosa selepas umur setahun. Hasil pencarian menemukan aku dengan Pediasure Complete...walaweiiii...biar betul nak bagi susu ni kat Puteri aku tu..mahal dah satu hal..kan obes plak..

Bukan ape..Damia tak de la bermasalah sangat  dengan selera makan..die memang kuat makan..badan pun macam berisi la jugak. Susu ini mempunyai nutrisi lengkap untuk kanak-kanak yang memilih makanan (picky eater). Tapi kalau tak beli susu nie, sampai bila Damia nak minum susu similac tu..kan terbantut plak tumbesaran minda die. So kami beli la tin kecil dulu, as a tester...memang die tak ader masalah dan susu nie sesuai untuk Damia. Cadangan untuk selingan dengan susu S26 Gold diteruskan.

                                 

Dalam masa beberapa minggu, masalah kahak damia kembali. aku stopkan susukan die dengan S26 Gold dan teruskan dengan Pediasure. Bila Damia tak mau makan, kami tak perlu risau sangat, kerana susu yang diminum nyer dah complete. Berkorban apa sahaja demi anak tersayang, syukur Alhamdulillah..walau pun ader kalanye die demam dan batuk kahak, Damia tak pernah kena tahan wad. Biasanya kanak-kanak yang ader masalah kahak ni akan cenderung kepada asma dah terkena jangkitan kuman pada paru-paru. Faham-faham la kan, bila anak masuk wad, kita jugak susah,,dan yang paling kesian adalah anak tersebut..tangan kena cucuk jarum masukkan air dalam badan.


Susu ni terdapat dalam 2 perasa, Vanilla dan Chocolate

Susu ini tanpa Gluten dan Laktosa

Sesuai untuk kanak-kanak berumur dari 1 hingga 10 tahun
Tak dinafikan susu ini amat la mahal, tapi kita harus menjadi pengguna yang bijak. Aku selalu dapatkan stok susu ini masa promosi di TESCO atau GIANT. Kekadang SOGO pun ader promosi, tin 1.8kg ngan harga RM13X ++. Selalulah perhatikan pasaraya yang menawarkan harga terendah untuk produk ini, yang paling rendah aku pernah jumpa untuk 900g , RM65.00, manakala yang 1.8kg RM129.90

aku sangat-sangatlah mencadangkan kepada ibu bapa yang mana anak-anak mereka yang tak cukup berat badan tu..minum la susu ni..berbaloi tengok anak-anak membesar dengan sihatnya depan mata kita.

Part I :Susu pilihan mummy : SIMILAC Free Lactose

Hari ini aku nak kongsi dengan ibubapa yang mempunyai masalah untuk pemilihan susu formula, terutamanya kepada ibubapa yang anaknya alah kepada laktosa.

Damia, anak sulong aku yang berumur 1 1/2 tahun mengalami masalah kahak sejak dari bayi lagi.Oleh kerana Damia tidak mahu breastfeed, selepas umurnya 14hari, aku telah susukan die dengan susu formula, Anmum.Semasa pengambilan susu ini, Damia mula menunjukkan tanda-tanda berkahak dan sembelit. Setelah kami menyedari masalah sembelit, saya telah bertukar kepada Enfalac A+. Setelah minum susu Enfa, saya dapati tiada masalah dengan perkumuhan, tetapi  masalah kahak semakin serius sehingga menyebabkan Damia selsema dan kemudian mengalami batuk. Pada masa itu kami ingatkan ianya masalah biasa, rujuk doktor dan ambil ubat seperti demam biasa.

Memandangkan batuk yang tidak henti-henti, aku membawanya ke klinik dan disebabkan keturunan aku ada penyakit asma, doktor mencadangkan kami menukarkan susu kepada susu TANPA LAKTOSA. Pada masa yang sama juga kena buat rawatan sonotron selama 3 hari dan doktor suruh kami bawa Damia sekali lagi selepas selesai rawatan tersebut. Di sebabkan, tiada pengalaman dan tidak bertanya detail kepada doktor, aku dengan bangganya pegi beli susu Dumex, Dulac, ape yang aku faham, susu tanpa gula(terpengaruh ngan iklan). Dah confius dah, sape suruh tak mau tanya doktor betul-betul. Itu pun dah macam tikus tengok besi bila pegi survey susu kat pasaraya, banyak sangat jenisnya. Selapas beberapa hari, kami bawak lagi sekali Damia jumpa doktor, masalah kahak belum ok lagi. Berikut adalah perbualan kami ngan doktor:

              Doktor :  Puan dah tukar susu ke belum? 
              Parents:   Dah tukar dah, Dulac.(dengan bangganya)
              Doktor :  Kamu beli yang mana satu? Tanpa Laktosa ker?
              Parents:   Tanpa gula tambahan la, bukan ker semua susu Dumex tanpa gula tambahan?
              Doktor :  Bukan..Puan ke cari susu yang ader tulis, TANPA LAKTOSA
              Parents:   Laa...yeker..(tapi masih blur..mummy blur,,abbi lagi la blur). 

Selepas balik dari klinik, kami pun pegi la Giant cari susu. Duk ngendap-ngendap dalam kaunter susu tu cari susu free lactose. Masa tu budget pun kurang dan pada masa yang sama jugak nak sesuaikan anak ngan susu yang tak berapa mahal..so kami beli la Dulac free lactose dalam harga RM23++ kot.

Dah tak tahu la plak ape masalah, alah plak ngan susu Dulac free lactose ni, ruam satu badan. Pegi la plak Manjaku cari susu lain. Jenuh mencari susu dan mengeksperimen susu ni..mana tak nyer..nak kena tengok alahan2 yang mungkin terjadi dan masalah perkumuhan. kali ni aku beli yang mahal sikit..Enfalac free lactose, satu tin kecik harga klu tak silap dalam RM40 kot..

Balik rumah, bagi la susu Enfalac free lactose kat Damia..kesian die..susu ni tawar gila..tak rase ape pun. Damia tak nak minum, minum sikit jer..tak habis..tak boleh imagine..macam mana la die nak minum susu ni selama setahun.hummm...tapi kat mak pun kesian gak..susu ni boleh tahan harganye.

Esoknya..nak tau ape jadi...??.dan dan anak aku sembelit..menangis nak berak..mengerang kesakitan..tengok najis die macam ada lendir darah. Bagi tau kat abbi die, bengan jer..terus suruh buang susu tu, tak nak tengok dah (emo betul). Dan pada petang tu..ape lagi..pegi la cari susu lain..cari dan cari lagi..penatnya..sebelum pergi tu..aku Google dulu..dah tak mau dah main beli ker..kesian kat anak dan membazir. Hasil carian menyuruh aku membeli susu SIMILAC free lactose.

Similac free lactosa ni rasa die manis..hubby la yang try..aku mana nak try nyer..tak suka..tak suka..
Berakhir lah experiment kami..Damia sesuai dengan susu Similac ni dan perkumuhannya pun tak da masalah, cuma buangan nya akan berwarna kehijauan dan kehitaman sedikit, senang kata warna gelap la..


Similac Free Lactose penyelesaian kepada masalah kami
Parent yang nak beli susu ni hati-hati..bukan ape..takur tertukar ngan soy base..tapi yang soya tu harga die lagi mahal la. 

Tips dari aku untuk beli susu anak  : tengok respon dari bayi  anda, alahan dan masalah perkumuhan. sebelum pegi beli susu, Google dulu..baca pengalaman-pengalaman ibu bapa yang lain..dan jangan ambik mudah dengan masalah susu ini. 

TAPI....susu ini dari umur 0 hingga 12 bulan sahaja..nak tau ape masalah kami untuk cari susu Damia selepas umur setahun?? ikuti susu pilihan mummy part II.

Sunday, 3 November 2013

Washable Diaper / Cloth Diaper

Bila tengok pampers anak yang telah di gunakan penuh dalam plastik beg di bilik air, aku mula fikir..kesiannya Bumi ni menampung sisa pampers. Satu hari jer dah lebih 12 keping untuk 2 orang anak. Itu pun pakai MummyPoko yang tahan lama. Kalau pakai brand lain lagi banyak yang kita dispose.

Mummy Poko memang tidak di nafikan la kemahalannyer..tapi kena bijak membeli la..beli masa ader discount yang harganya bawah RM45.00, beli la buat stok.Mahal ke murah Disposal Diaper (DD)  bukan isunya..duit boleh di cari..TETAPI..macam mana kita nak membantu untuk selamatkan Bumi ini. Fikirkan.

Terlintas di fikiran nak pakaikan Cloth Diaper (CD), tapi senang ker? Rajin ke nak membasuh CD nanti?
Bukan ape, bila sebut jer CLoth diaper ni..teringat zaman dahulu masa mengasuh adik-adik..tiap kali nak salin lampin..tak cukup kain lampin dan plastik tu, sebab tak der yang rajin nak membasuh. Mak pulak bizi mencari rezeki. SERIK!!

Tapi semestinya CLoth Diaper yang zaman sekarang dah modern..cantik2 semua nyer, cute meute lagi...TAPI....

  1. Tak bocor ker lampin tu?
  2. Senang ke cuci?
  3. Berape jam sekali tukar lampin?
  4. Bayi boleh ke ruam lampin tak?
Tujuan berCD




Tujuan utama nak pakai CD nie..nak jimat untuk jangka masa panjang. Memang la kalau beli sehelai harganya mahal. Tapi kita kena bijak memilih.

Tujuan kedua dan secara tidak langsungnyer..dapat lah selamatkan Bumi kesayangan kita ni..
Tiada pembuangan pampers..maka kurangla pembuangan sampah

Tapi sebelum mula ber CD..kena la survey dulu tips-tips penggunaan CD. 

Saya mula membaca info tentang CD di SINI






Monday, 28 October 2013

Apple Stem Cell

Epal Ajaib "Uttwiler Spatlauber"


Di Switzerland, terdapat sejenis spesis pokok epal yang amat jarang didapati dan digelar "Uttwiler Spatlauber". Buah epal spesis ini dapat disimpan selama 4 bulan tanpa rosak.

Pokok epal ini begitu ajaib kerana dengan sendirinya ia dapat memulihkan segala kecederaan kulit, buah dan dahan.

"Uttwiler Spatlauber" yang disimpan selama 100 hari tanpa rosak

Epal Ajaib

Oleh kerana terdapat undang-undang yang masih melarang penggunaan Sel Stem embrio dalam industri kosmetik, maka sel stem tumbuhan telah menjadi harapan kepada industri kosmetik.
Penemuan Sel Stem Epal dari Switzerland yang mempunyai fungsi-fungsi kossmetik yang menakjubkan seperti anti penuaan, amat menggembirakan para usahawan industri kosmetik.

>Ujian Klinikal

1% sel stem epal dapat merangsang tubuh untuk menghasilkan sehingga 80% sel stem.
Ujian juga menunjukkan sel stem dapat memperlahankan penuaan dan menghilangkan kedutan.


Produk berasaskan Apple Stem Cell


NUTRIFRESH APPLE STEM CELL

Nutrifresh - minuman berkhasiat tinggi
Kandungan:
  • PhytoCellTec™ Malus Domestica (Sel Stem Epal)
    • Merangsang Sel Stem Kulit
    • Melindungi Sel Stem dari sinaran UV, kuasa pemulihan dan rawatan
  • Ekstrak Wolfberry
    • Mengurangkan kolestrol dan lemak dalam darah, mengimbangi sel-sel pecernaan dan penuaan.
    • Membantu penyakit jantung, memelihara buah pinggang, menahan keasidan darah
    • Anti keradangan, meningkatkan keanjalan saluran darah dan menguatkan tenaga batin
  • Morinda Citrifolia
    • Membantu sistem penghadaman, meningkatkan kuasa penyerapan
    • meningkatkan sistem imunisasi dan pernafasan
  • Ekstrat Gamat
    • Membantu metabolisma dan melindungi sel
    • meningkatkan keanjalan kulit dan mengembalikan kelicinan kulit
  • Daun Betik
    • Membantu sistem penghadaman , perut kembung angin
    • Mengurangkan keasidan kencing
  • Orthosiphon Stamineus
    • Membantu masalah prostate

Nutrifresh Apple Stem Cell minuman kecantikan dengan Swiss Plant Stem Cell Technology - PhytoCellTec™ Malus Domestica (apple stem cell), diperkayakan dengan marine kolagen, vitamin C dan ekstrak serbuk epal.

Berkeupayaan merawat pelbagai penyakit, antaranya :
  • Gout
  • Kencing manis
  • Tinggi rendah gula dalam darah
  • Tekanan darah tinggi
  • Tekanan darah rendah
  • Strok
  • Anemia
  • Masalah Penghadaman
  • Gastrik
  • Alahan Kulit
  • Kelesuan & Mudah letih
  • Atritis
  • Masalah Ginjal dan hati
  • Buah Pinggang
  • Masalah Kencing, batu karang
  • Kolestrol tinggi
  • Fibroid

Brightening & Firming Moisturizer

krim pelembab, pencerah dan penegang

Kandungan:
  • PhytoCellTec™ Malus Domestica (Sel Stem Epal)
    • Merangsang Sel Stem Kulit
    • Melindungi Sel Stem dari sinaran UV, kuasa pemulihan dan rawatan dan kuasa pemutaran
  • Ekstrak Mukul Commipheroline
    • Anti keradangan dan anti kedut
  • Ekstrak Iris Florentine
    • Mengurangkan pigmentasi dan kedutan
    • Menjaga kelembapan dan ketegangan kulit
  • Vitamin E
    • Antioksidan
  • Lepidium sativum sprout extract
    • Anti penuaan dan mencerahkan warna kulit
  • Glycerol
    • Menjaga kelembapan kulit
  • Minyak Jojoba
    • Melembutkan kulit, mengurangkan kedutan,
    • Merangsangkan pertumbuhan sel kulit, anti virus

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang produk berasaskan Apple Stem Cell ini, boleh lah rujuk di sini

Jika berminat untuk mendapatkan penjelasan tentang produk ini dan cara pembelian boleh hubungi saya melalui:
 >email : anies_farisha86@yahoo.com.sg
 >Hp No: 017-2124264 / 017-9509279

saya akan kembali dengan pelbagai jenis produk dan testimoni pengguna