1.Ayam goreng
Gemar makan ayam goreng? Sebenarnya ia tidak baik untuk kesihatan kulit anda kerana mempunyai tahap kolestrol yang tinggi. Tidak mengapa, gantikan kegemaran anda pada daging ayam dengan pelbagai bentuk masakan yang lebih seimbang dan berkhasiat. Realitinya, daging ayam yang mengandungi banyak zat besi yang membantu proses regenerasi kulit. Zat besi yang terkandung dalam daging ayam berperanan membawa oksigen ke dalam kulit. Inilah yang menjadikan kulit anda cantik dan cerah.
2. Ikan salmon
Tubuh kita tidak menghasilkan lemak omega 3. Oleh itu, kita disarankan mengambil ikan salmon yang sememangnya kaya dengan lemak omega 3. Menurut kajian, lemak omega 3 ini berkhasiat dalam menjaga kelembapan kulit dan mencegah dari iritasi. Ikan salmon juga mempunyai vitamin D yang tinggi dan bagus untuk kesihatan tulang dan jika anda tidak begitu gemar memakan ikan, tidak mengapa kerana ia boleh digantikan dengan telur. Paling tidak, ambiklah ia seminggu sekali. Ia sudah memadai.
3. Mangga
4. Biji kuaci dan badam
Jika anda inginkan kulit yang cantik dan sihat, makanlah kacang badam dan biji bunga matahari. Tidak sukar untuk mendapatkan kacang2 ini kerana ianya juga terdapat dalam coklat kegemaran anda. Manakala biji matahari pula dijadikan kuaci dan ia boleh dijadikan snek ringan. Kedua-dua kacang ini mengandunhi viramin E, yang begitu efektif melindungi kulit dari sinaran UV.
No comments:
Post a Comment