Monday, 28 October 2013

Apple Stem Cell

Epal Ajaib "Uttwiler Spatlauber"


Di Switzerland, terdapat sejenis spesis pokok epal yang amat jarang didapati dan digelar "Uttwiler Spatlauber". Buah epal spesis ini dapat disimpan selama 4 bulan tanpa rosak.

Pokok epal ini begitu ajaib kerana dengan sendirinya ia dapat memulihkan segala kecederaan kulit, buah dan dahan.

"Uttwiler Spatlauber" yang disimpan selama 100 hari tanpa rosak

Epal Ajaib

Oleh kerana terdapat undang-undang yang masih melarang penggunaan Sel Stem embrio dalam industri kosmetik, maka sel stem tumbuhan telah menjadi harapan kepada industri kosmetik.
Penemuan Sel Stem Epal dari Switzerland yang mempunyai fungsi-fungsi kossmetik yang menakjubkan seperti anti penuaan, amat menggembirakan para usahawan industri kosmetik.

>Ujian Klinikal

1% sel stem epal dapat merangsang tubuh untuk menghasilkan sehingga 80% sel stem.
Ujian juga menunjukkan sel stem dapat memperlahankan penuaan dan menghilangkan kedutan.


Produk berasaskan Apple Stem Cell


NUTRIFRESH APPLE STEM CELL

Nutrifresh - minuman berkhasiat tinggi
Kandungan:
  • PhytoCellTec™ Malus Domestica (Sel Stem Epal)
    • Merangsang Sel Stem Kulit
    • Melindungi Sel Stem dari sinaran UV, kuasa pemulihan dan rawatan
  • Ekstrak Wolfberry
    • Mengurangkan kolestrol dan lemak dalam darah, mengimbangi sel-sel pecernaan dan penuaan.
    • Membantu penyakit jantung, memelihara buah pinggang, menahan keasidan darah
    • Anti keradangan, meningkatkan keanjalan saluran darah dan menguatkan tenaga batin
  • Morinda Citrifolia
    • Membantu sistem penghadaman, meningkatkan kuasa penyerapan
    • meningkatkan sistem imunisasi dan pernafasan
  • Ekstrat Gamat
    • Membantu metabolisma dan melindungi sel
    • meningkatkan keanjalan kulit dan mengembalikan kelicinan kulit
  • Daun Betik
    • Membantu sistem penghadaman , perut kembung angin
    • Mengurangkan keasidan kencing
  • Orthosiphon Stamineus
    • Membantu masalah prostate

Nutrifresh Apple Stem Cell minuman kecantikan dengan Swiss Plant Stem Cell Technology - PhytoCellTec™ Malus Domestica (apple stem cell), diperkayakan dengan marine kolagen, vitamin C dan ekstrak serbuk epal.

Berkeupayaan merawat pelbagai penyakit, antaranya :
  • Gout
  • Kencing manis
  • Tinggi rendah gula dalam darah
  • Tekanan darah tinggi
  • Tekanan darah rendah
  • Strok
  • Anemia
  • Masalah Penghadaman
  • Gastrik
  • Alahan Kulit
  • Kelesuan & Mudah letih
  • Atritis
  • Masalah Ginjal dan hati
  • Buah Pinggang
  • Masalah Kencing, batu karang
  • Kolestrol tinggi
  • Fibroid

Brightening & Firming Moisturizer

krim pelembab, pencerah dan penegang

Kandungan:
  • PhytoCellTec™ Malus Domestica (Sel Stem Epal)
    • Merangsang Sel Stem Kulit
    • Melindungi Sel Stem dari sinaran UV, kuasa pemulihan dan rawatan dan kuasa pemutaran
  • Ekstrak Mukul Commipheroline
    • Anti keradangan dan anti kedut
  • Ekstrak Iris Florentine
    • Mengurangkan pigmentasi dan kedutan
    • Menjaga kelembapan dan ketegangan kulit
  • Vitamin E
    • Antioksidan
  • Lepidium sativum sprout extract
    • Anti penuaan dan mencerahkan warna kulit
  • Glycerol
    • Menjaga kelembapan kulit
  • Minyak Jojoba
    • Melembutkan kulit, mengurangkan kedutan,
    • Merangsangkan pertumbuhan sel kulit, anti virus

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang produk berasaskan Apple Stem Cell ini, boleh lah rujuk di sini

Jika berminat untuk mendapatkan penjelasan tentang produk ini dan cara pembelian boleh hubungi saya melalui:
 >email : anies_farisha86@yahoo.com.sg
 >Hp No: 017-2124264 / 017-9509279

saya akan kembali dengan pelbagai jenis produk dan testimoni pengguna

How To Deko "Pineapple Tart" by: ReenKhan

Saturday, 26 October 2013

Moist Chocolate Cupcake

100gm serbuk koko*
180gm gula pasir*
1 tin susu sejat*
200gm minyak masak*
250gm susu pekat manis*
4 biji telur - pukul hingga berbuih
150gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Paper cup secukupnya

Cara:

- campurkan bahan yang bertanda * dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
- satukan telur yang telah di pukul tadi dengan bahan yang di masak, putar dengan kelajuan sederhana menggunakan mixer.
- campurkan bahan kering, tepung, soda bikarbonat dan baking powder ke dalam adunan tadi hingga sebati.
- setelah sebati, tapis adunan kek untuk mendapatkan tekstur yang halus dan benar-benar sebati (kalo tak tapis pun takpe..hehee..)
- panaskan oven dengan suhu 180c
- sediakan papercup dan tuang adunan separas 2/3 papercup atau sebanyak 27gm hingga 30gm untuk setiap papercup.
- adunan ini agak cair, jadi adalah lebih mudah jika kita menggunakan jug untuk menuang adunan ke dalam papercup.
- adunan ini menghasilkan sebanyak 50 cupcake bersaiz M.
- bakar selama 20 minit dengan suhu 180c bergantung pada oven masing-masing
- sejukkan dahulu sebelum di hias menggunakan cream buttercream atau chocolate ganache.
- kalo nak makan gitu pun sodappp..hihihii..

Cream Buttercream (tak muak)

Bahan:
500gm kreamwell
200gm icing sugar - di ayak

Cara:
- pukul kreamwell menggunakan mixer hingga kreamwell kembang sedikit, masuk icing sugar sikit demi sedikit hingga sebati dan cream agak kental sedikit.
- jika cream tadi kurang manis, boleh tambah icing sugar lagi, tetapi jika ada yang kurang gemar manis, boleh juga dikurangkan icing gula tadi ye..
- setelah icing sugar benar-benar sebati, cream ini sedia untuk digunakan..

Friday, 25 October 2013

Cahaya Mata I : Nur Damia Imani

Cahaya mata kami yang pertama selamat dilahirkan pada 5hb July 2012 dengan bersalin normal. Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, barulah mengandungkan Damia

Damia






Cahaya Mata II : Nur Dheeya Naylee


Umur Damia 1 tahun 3 bulan, dia dah dapat adik baru, Dheeya selamat dilahirkan pada 4hb Ogos 2013 (Ramadan yer) memalui pembedahan. Terpaksa bedah kerana baby dah berak dalam perut, demi keselamatan bayi,pembedahan terpaksa dilakukan dengan kadar segera.


kecil-kecil dah travel sana sini ikut abbi outstation
kesejukkan
saya baru botakkan kepala

Umur Dheeya dah 2 bulan lebih, dah pandai menegur orang





Part I : Dreams come true

Akhirnya impian aku untuk menjejakkan kaki ke Tembok Besar Cina menjadi kenyataan. Aku terpilih untuk ke Beijing, SCB Trip. Happy tidak terkata, kumpul duit bertahun-tahun pun tak kan sampai sana kot. Ini lah peluang nya untuk jejakkan kaki ke Beijing Cina.

Bergambar dulu sebelum check in, KLIA
Tengok winter coat aku, tak cantik kan? ni laki punya ok. pempuan punya cantik jer. sape suruh jadi gemuks..terpaksa la ambik saiz lelaki..huhu

Ni part of SCB's staff yang ikut trip ni, yang tudung hijau Azrin, die la yang berkepit ngan aku masa kat Cina

Breakfast dulu kat KFC  sambil Kodok si tudung hijau ni tunggu tunang nyer
Trip ni semua agen and trip committee yang uruskan.So kita orang tarik beg dan bawa pasport bagi diorang jer, semua diorang yang uruskan. Sebab tu la kami sempat bergambar sakan.

Kami dah sampai Cina, sekarang dalam bas.( Cantikkan winter coat perempuan? ader bulu-bulu lagi...kempunan aku)

Keluar je dari perut flight, dah dapat rasa angin sejuk beijing yang masuk di celah2 laluan antara flight dan airport( ntah ape bendanya..tak tahu aku nak nyebutnya). Sejuk x terkata, menusuk ke tulang..humm ni baru sampai jer..macam nak patah balik, sejuk teramat. Bila dah masuk dalam bas, baru rasa panas sikit.



haha..nampak tak apa yang kat belakang tu, duk melenggok jer tu. kambing panggang


Ni restoran halal pertama untuk dinner kami. perghh..bau kambing satu restoran..tak mandi ape kambing niee..masyarakat cina makan kambing masa musim sejuk untuk panaskan badan. hehe..kesian kak aby, dah la tengah alahan mengandung, bau plak kambing tu.



Ni la bilik hotel kami, Renaissance Hotel
Syiok betul tidur atas katil nie..tapi tak der maknanyer, balik bilik sekejap jer, pastu keluar balik untuk teruskan trip, nak tidur pun tak sempat. Seorang tidur, bantal jer sampai 6 biji..gebunyer..


Sekian dulu, nanti kita sambung part II