Hai..bersambung kita dalam Part II ini. Susahkan nak carikan susu untuk anak kita selain daripada susu ibu. Bila memilih susu formula, pertama dan yang terpenting kena tengok kesesuaian anak kita dan keduanya kewangan. Sudah tentu lah kalau ader masalah kewangan, ibu bapa main belasah jer beli jenis susu formula untuk anak mereka. Tapi sekiranya kita mampu, ape salahnya berhabis untuk anak-anak demi kesihatan dan tumbesaran mereka.
Ok..bersambung kepada kisah aku..setelah Damia genap setahun, kami bercadang untuk belikan susu formula biasa untuk Damia. Percubaan pertama, aku selang selikan penyusuan nyer dengan SIMILAC free laktose dan S26. Macam biasa, perhatikan perubahan die, masalah kahak dan masalah sembelit.
sambil-sambil itu aku masih surf internet mencari susu yang sesuai untuk alahan laktosa selepas umur setahun. Hasil pencarian menemukan aku dengan Pediasure Complete...walaweiiii...biar betul nak bagi susu ni kat Puteri aku tu..mahal dah satu hal..kan obes plak..
Bukan ape..Damia tak de la bermasalah sangat dengan selera makan..die memang kuat makan..badan pun macam berisi la jugak. Susu ini mempunyai nutrisi lengkap untuk kanak-kanak yang memilih makanan (picky eater). Tapi kalau tak beli susu nie, sampai bila Damia nak minum susu similac tu..kan terbantut plak tumbesaran minda die. So kami beli la tin kecil dulu, as a tester...memang die tak ader masalah dan susu nie sesuai untuk Damia. Cadangan untuk selingan dengan susu S26 Gold diteruskan.
Dalam masa beberapa minggu, masalah kahak damia kembali. aku stopkan susukan die dengan S26 Gold dan teruskan dengan Pediasure. Bila Damia tak mau makan, kami tak perlu risau sangat, kerana susu yang diminum nyer dah complete. Berkorban apa sahaja demi anak tersayang, syukur Alhamdulillah..walau pun ader kalanye die demam dan batuk kahak, Damia tak pernah kena tahan wad. Biasanya kanak-kanak yang ader masalah kahak ni akan cenderung kepada asma dah terkena jangkitan kuman pada paru-paru. Faham-faham la kan, bila anak masuk wad, kita jugak susah,,dan yang paling kesian adalah anak tersebut..tangan kena cucuk jarum masukkan air dalam badan.
Susu ni terdapat dalam 2 perasa, Vanilla dan Chocolate |
Susu ini tanpa Gluten dan Laktosa |
Sesuai untuk kanak-kanak berumur dari 1 hingga 10 tahun |
aku sangat-sangatlah mencadangkan kepada ibu bapa yang mana anak-anak mereka yang tak cukup berat badan tu..minum la susu ni..berbaloi tengok anak-anak membesar dengan sihatnya depan mata kita.